Saturday, 14 December 2013

Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika…

Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika...

KUALA LUMPUR : Tatkala sidang media keputusan tuduhan skandal Adi Putra bersama isteri orang sedang rancak dijalankan malam tadi, pelakon filem KL Gangster ini amat berterima kasih kepada pihak media yang memaklumkan bahawa pihak pengadu iaitu Nooraida bakal mengadakan satu sidang media berkaitan kestersebut di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada petang ini. (Jumaat-13 Dis 2013).

Bagaimanapun, Adi bersama isterinya, Zuhaida Yusof tetap tenang dan menjelaskan bahawa pihaknya tiada hak untuk menghalang pihak pengadu untuk menghentikan sidang media berkenaan.

“Kes ini tiada kaitan dengan kes suka sama suka. Saya tahu kes ini memang tidak akan berakhir ceritanya.

Apapun, mata pena yang berkuasa untuk meletakkan titik noktah pada kes ini.

“Kalau benar pengadu mahu buat sidang media, saya hormatinya dan tidak pun boleh menghalangnya. Dari awal lagi kes ini heboh diperkatakan sehingga saat ini, saya tidak memberi sebarang komen memudaratkan.

“Saya tidak boleh buat apa-apa kalau orang itu tidak hormati kita. Saya dah cukup matang untuk menghadapi segala hal tuduhan ini. Terpulanglah kepada pengadu untuk mencorakkan lagi warna cerita ini,” katanya,

Meneruskan penjelasan, Adi dengan senyuman menjelaskan bahawa dia sedia memaafkan pengadu jika permohonan maaf dibuat pada sidang media yang dianjurkan pihak pengadu petang ini.

“Saya tidak akan kacau dia. Malah, dia juga berhak untuk hubungi sesiapa saja untuk menghebahkan atau cakap lebih terhadap tuduhan ini. Apapun, pihak saya akan lihat lebih dulu apa yang bakal diumumkan pada sidang media itu nanti.

“Kami tidak akan menegakkan benang yang basah. Saya hormati sesiapa saya yang terlibat dengan kes ini. Saya akan tunggu dan lihat respon mereka. Bagi saya, kes ini sudah selesai pada malam ini.

“Sejujurnya, tuduhan ini bukanlah satu beban bagi saya kerana saya tahu pucuk pangkalnya. Apapun, lepas ketahu ikeputusan kes ini, saya lega kerana sudah mempunyai jawapan untuk peminat saya yang sering bertanyakan penyudah kes berkenaan,” jelasnya.

Disamping lega dengan keputusan ini, Adi mengaku tidak tahu agenda sebenar pihak pengadu untuk mengadakan sidang media.

“Saya tidak tahu sebab dan musibab pengadu buat sebegini. Saya tidak tahu agenda sebenar mereka. Saya anggap malam ini sebagai penutup 2013 untuk saya.

“Sepanjang berlaku kes ini, kekuatan saya adalah kata-kata nasihat ibu saya yang menyatakan orang teraniaya tergolong dari orang yang selamat. Ini adalah ujian Allah untuk saya.

“Saya berasa tenang bukan kerana kes ini sudah selesai. Sedari dulu lagi saya sentiasa tenang. Kalau saya tidak tenang, saya tidak akan boleh hadapi dugaan dan hadir mana-mana majlis,” ujarnya panjang lebar. – Murai

Hamil Anak ke-2, Ayu Sambung Cuti Berlakon

Hamil Anak ke 2, Ayu Sambung Cuti Berlakon

Lama tidak melihat pelakon Ayu Raudhah, 28, muncul di kaca televisyen. Kebetulan Malaysian Digest sempat bertemu dan bertanyakan khabar isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Zaquan Adha ini sewaktu menghadiri majlis pernikahan kakaknya Rozita Che Wan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam, malam kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sekarang semakin seronok menjadi ibu dan surirumah. Seronok uruskan suami dan anak. Sejak mengandung, saya sudah tidak berlakon lagi. Lepas bersalin saya ada berlakon tapi memandangkan saya dah jadi ibu, sukar untuk saya bahagikan masa. Anak saya pula menyusu badan. Jadi, saya biarlah dulu bidang lakonan.

“Kadang-kadang tu rindu juga nak kembali ke set. Tapi buat masa ni saya mahu beri tumpuan pada kelurga.

Tambahan sekarang saya hamil 4 bulan. Jadi itu yang buat saya nak terus sambung cuti berlakon. InsyaAllah lepas berpantang nanti, kalau ada tawaran mungkin saya akan kembali berlakon, kalau tak ada pun, tak apa”, katanya yang kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.

Berkongsi mengenai kehamilan kali kedua, Ayu berkata kali ini dia tidak mengalami sebarang alahan. Malah berita yang dirinya mengandung hanya diketahui selepas merasakan tidak sedap hati dek kerana dia tidak datang haid.

Begitupun apa yang membuatkan pelakon drama Dari Kerana Mata ini berasa lucu apabila suaminya Zaquan pula yang mengalami alahan teruk.

“Saya tak datang bulan (haid). Kalau ikutkan memang biasa bagi ibu yang menyusu badan, mungkin lambat.

Tapi saya rasa tak sedap hati. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor sahkan saya hamil.

“Kali kedua ni tak ada apa-apa alahan, Allhamdulillah. Cuma, masa awal-awal tu suami saya saja lah yang alami alah teruk. Dia pening, muntah-muntah sampai jadi tak bermaya. Dulu masa mengandung anak pertama pun, dia kna alahan juga”, katanya yang berdoa agar kali ini dikurniakan anak perempuan namun tetap menerima apa saja pemberian dari-Nya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011. Pada 29 Mac lalu, mereka dikurniakan seorang cahaya diberi nama Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia 9 bulan.

Pada masa sama, Ayu turut mendoakan kebahagian rumah tangga Che Ta dan abang iparnya, Zain. Menjadi antara individu paling rapat sekaligus dia melihat perjalanan cinta kakak kesayangannya itu, Ayu menyifatkan pasangan tersebut sebagai pasangan paling secocok.

“Kami rapat. Masa saya khawin, kak Ta dah mula rasa macam tak ada kawan sebab saya sibuk dengan keluarga saya. Tapi sekarang dia dah kahwin, saya doakan dia bahagia sampai bila-bila. Saya harap Zain boleh jaga dia dan anak-anak dia dengan baik.

“Selama mereka bercinta, banyak dugaan yang mereka lalui. Dengan perkahwinan ni, adalah kira satu kejayaan bagi mereka dan mereka juga perlu berdepan dengan cabaran baru pada masa akan datang. Biasa la dalam rumah tangga, perlu banyak bersabar dan tlak ansur”, tuturnya lagi.

 Enggan Komen Tentang Kekasih Aidil Zafuan

Dalam pada itu, ditanya mengenai desas-desus abang iparnya yang juga merupakan bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidi Zafuan dikatakan sudah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tak lama lagi, Ayu pantas berkata,

“Hah, yang itu saya tak mahu komen lah… Maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Bukan serik tapi kalau boleh tak nak lah apa-apa kenyataan keluar dari mulut saya. Pengalaman lalu banyak mengajar saya, Kadang-kadang kita tak berniat pun nak cakap apa-apa, tapi takut orang lain salah anggap. Maaf ya”. – Malaysian Digest

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Nak jadi artis perlu ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi.

Kalau dahulu tekanan cuma datang bila baca artikel yang menghentam di surat khabar dan majalah tapi sekarang, media sosial turut jadi tempat artis diselar sesuka hati.

Tak hairanlah banyak kes artis bergaduh dengan peminat atau orang awam di media sosial.

Terbaru, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin dilihat mengamuk di Twitter.

Puncanya bila ada peminat Nubhan menyatakan dia lebih sesuai berduet dengan Adira tapi turut mengirim pesanan itu kepada Mila.

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Mungkin bahasa yang digunakan terlalu kasar bagi Mila untuk dia menerimanya, penyanyi kecil molek ini mula membalas dengan bahasa yang agak keras juga.

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Mila kemudiannya melakukan perkara sewajarnya iaitu menyekat individu yang mendidihkan darahnya itu daripada mengikuti Twitter @Mila_Jirin. Kata Mila dia bukan jenis yang suka marah-marah tapi nampaknya kali ini dia tidak dapat melawan perasaan tersebut.

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Takpelah benda dah lepas, isu kecil je pun.

Tapi sebagai artis bawalah bersabar sebab ini harganya kalau nak masuk dunia popular.

Kalau Mila tengok media sosial artis lain macam Nabila Huda misalnya, pehhh lagi ‘makan dalam’ komen yang diterima mereka! – MyNewsHub

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza kini memegang pangkat nenek apabila anak tirinya, Anas Zawawi selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.

Anas Zawawi, anak lelaki Dato’ K mengahwini Nasha Alyssa yang merupakan anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn pada 24 November tahun lalu.
Justeru Siti dilihat turut mengirim tweet tahniah kepada besannya itu.

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Siti dilihat turut menerima banyak ucapan tahniah atas ‘status’ barunya ini.

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Dalam pada itu Datuk Seri Hishamuddin kelihatan amat teruja dengan kehadiran cucunya yang diberi nama Ayden ini.

Lihat sahaja gambar yang dikongsikan di laman Twitter beliau.

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Apa pun, didoakan semoga Ayden menjadi anak yang soleh dan berjasa dalam keluarga.

Apa pun pangkat nenek bukan penghalang untuk Siti menimang cahaya mata sendiri jika ada rezeki satu hari nanti.

Maklumlah walaupun bergelar nenek, Siti masih muda dan sihat. Tak keterlaluan dikatakan, inilah nenek paling ‘glamer’ di Malaysia! – MyNewsHub

Luahan Isteri Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab

Luahan Isteri Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab

KUALA LUMPUR : Isteri pelakon Adi Putra, Zuhaida Yusof sedikit pun tidak gusar saat suaminya itu dikecam dengan tuduhan skandal yang boleh mengundang keretakan rumahtangga mereka.

Malah, Zuhaida yang disifatkan Adi sebagai contoh atau ikon buat wanita yang sudah berstatus isteri masih boleh tersenyum walaupun diheret dengan kutukan yang telah mencalar hatinya.

“Semasa kes ini mula diperkatakan,saya berada di sisi Adi. Saya tahu mana yang betul dan salah. 

Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk memanjangkan lagi cerita berkaitan kes ini.

“Sejujurnya, saya rasa lega apabila kes ini berpihak kepada suami saya. Saya sentiasa pegang kepada prinsip sabar. Bagi saya, apabila sudah berkahwin, baik si isteri mahu pun suami, kita perlu jaga aib masing-masing.

“Sepanjang kes ini kecoh dibahaskan, ada juga pihak menuduh saya macam-macam dengan mempersoalkan fizikal dan wajah saya. Saya terima segalanya kerana inilah anugerah yang telah dikurniakan kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aida mengakui sedikit pun tidak tertekan atau terjejas dengan hubungannya dengan Adi.

“Saya langsung tidak tertekan kerana saya tahu apa yang berlaku. Entahlah, mungkin saya ada kekuatan dalaman yang saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan.

“Inilah kali pertama kes yang melibatkan polis. Apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab saya sebagai isteri.

“Apa yang paling penting, kita perlu terima dan tidak boleh menghebahkan aib masing-masing,’ jelasnya. – Murai

Friday, 13 December 2013

Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental

Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental
 
Siasatan mendapati lelaki yang bertindak sebagai jurubahasa isyarat palsu ketika majlis memperingati mendiang Nelson Mandela di Stadium FNB, Soweto, Johannesburg mengalami halusinasi pada hari kejadian.

BACA : Afrika Selatan Dimalukan Jurubahasa Isyarat Palsu
Thamsanqa Jantjie mengaku kepada The Associated Press, dia mempunyai penyakit schizophrenia hingga pernah bertindak ganas sebelum ini, selain pernah ditahan selama setahun di wad sakit mental.

Pada hari kejadian dia berhalusinasi melihat malaikat memasuki stadium namun cuba mengawal diri kerana sedar terdapat ramai polis bersenjata di sekelilingnya.

Timbalan Menteri Kabinet Afrika Selatan, Hendrietta Bogopane-Zulu dalam satu sidang media mengakui kesilapan pihaknya apabila menggunakan khidmat Jantjie tanpa menyelidik terlebih dahulu latar belakangnya.

Beliau turut memohon maaf kepada komuniti pekak yang tersinggung dengan kejadian tersebut. – CBC News



Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental


Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental

Hendrietta Bogopane-Zulu ketika menceritakan pengalamannya melihat ‘malaikat turun’ di majlis memperingati mendiang Nelson Mandela.

Tweet Ustaz Kazim Perlihat Gambar Seakan Tentera Allah SWT Di Langit

Tweet Ustaz Kazim Perlihat Gambar Seakan Tentera Allah SWT Di Langit

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias baru ini memuat naik sebuah gambar yang sangat menarik di akaun Twitter beliau.

Ia gambar awam yang terbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang.

Menurut beliau, ia diambil pada tahun 2009 di Nilai, Negeri Sembilan.

Kalau begitu, bermakna ia sudah 4 tahun… mungkin ramai yang sudah melihatnya.

Kepada yang belum, di bawah ini disertakan gambar yang dimaksudkan itu.

Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda.

Subhanallah… Maha Suci Allah…

Tweet Ustaz Kazim Perlihat Gambar Seakan Tentera Allah SWT Di Langit

Kalau anda belum melihatnya… bermakna mungkin rakan-rakan anda pun belum…. share melalui button Tweet atau Google+ di bawah agar ramai lagi dapat melihat kebesaran ini. – MyNewsHub