Thursday, 12 December 2013

Sitok Ajak Mangsa Rogol Kahwin

Sitok Ajak Mangsa Rogol Kahwin

Jakarta : Penyair yang berdepan tuduhan merogol siswi Universiti Indonesia, Sitok Srengenge dikatakan mengajak mangsa berkahwin selepas jenayahnya terbongkar.

Peguam siswi terbabit, Iwan Pangka berkata pelawaan Sitok itu bagaimanapun ditolak.

“Anak guam saya tidak mahu hidup bersama Sitok.

“Dia tidak ingin dan tidak sudi untuk berkahwin dengan perogol itu,” katanya.

Menurut Iwan, mangsa – hanay dikenali sebagai RW, 22 – sebelum ini sudah berhubung dengan Sitok selepas mendapati dirinya hamil tetapi tidak dipedulikan penulis yang sebelum ini pernah bernaung di bawah 
kumpulan Salihara itu.

Sitok sebelumnya pernah memberitahu mangsa akan bertanggungjawab jika mangsa hamil.

Namun hingga laporan polis dibuat, dia tidak menunjukkan kesungguhannya itu.
 
Kata Iwan, RW sudah tidak sanggup lagi menanggung derita dan kesusahan sendirian.

Selain itu, dia juga mengalami trauma yang teruk.

“Anak guam saya memaklumkan yang dia pernah terfikir mahu membunuh diri,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment