DELAWARE :
Seorang wanita yang memancut anggota syerif di sini dengan susu badannya
berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan.
Pejabat Syerif di Delaware County berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan antara sepasang suami isteri.
Seorang lelaki mengadu isterinya mabuk selepas minum terlalu banyak
di satu majlis perkahwinan dan memukulnya sebelum mengunci diri di dalam
kereta.
Syerif menemui wanita berkenaan di dalam sebuah kereta dan cuba
memujuknya supaya keluar tetapi dia enggan memberi kerjasama. Apabila
mereka cuba menariknya keluar, wanita itu memberitahu mereka, dia ibu
yang menyusukan anak. Dia kemudian mendedahkan dadanya sebelum memancut
syerif berkenaan dengan susunya.
Pihak berkuasa berkata, Stephanie Robinette dari Westerbille
menghadapi tuduhan, termasuk keganasan rumah tangga, menyerang dan
berkelakuan tidak sopan. — Agensi
No comments:
Post a Comment