Siasatan mendapati lelaki yang bertindak sebagai jurubahasa isyarat palsu ketika majlis memperingati mendiang Nelson Mandela di Stadium FNB, Soweto, Johannesburg mengalami halusinasi pada hari kejadian.
BACA : Afrika Selatan Dimalukan Jurubahasa Isyarat Palsu
Thamsanqa Jantjie mengaku kepada The Associated Press, dia mempunyai penyakit schizophrenia hingga pernah bertindak ganas sebelum ini, selain pernah ditahan selama setahun di wad sakit mental.
Pada hari kejadian dia berhalusinasi melihat malaikat memasuki stadium namun cuba mengawal diri kerana sedar terdapat ramai polis bersenjata di sekelilingnya.
Timbalan Menteri Kabinet Afrika Selatan, Hendrietta Bogopane-Zulu dalam satu sidang media mengakui kesilapan pihaknya apabila menggunakan khidmat Jantjie tanpa menyelidik terlebih dahulu latar belakangnya.
Beliau turut memohon maaf kepada komuniti pekak yang tersinggung dengan kejadian tersebut. – CBC News
Hendrietta Bogopane-Zulu ketika menceritakan pengalamannya melihat ‘malaikat turun’ di majlis memperingati mendiang Nelson Mandela.
No comments:
Post a Comment