Nak jadi artis perlu ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi.
Kalau dahulu tekanan cuma datang bila baca artikel yang menghentam di
surat khabar dan majalah tapi sekarang, media sosial turut jadi tempat
artis diselar sesuka hati.
Tak hairanlah banyak kes artis bergaduh dengan peminat atau orang awam di media sosial.
Terbaru, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin dilihat mengamuk di Twitter.
Puncanya bila ada peminat Nubhan menyatakan dia lebih sesuai berduet dengan Adira tapi turut mengirim pesanan itu kepada Mila.
Mungkin bahasa yang digunakan terlalu kasar bagi Mila untuk dia
menerimanya, penyanyi kecil molek ini mula membalas dengan bahasa yang
agak keras juga.
Mila kemudiannya melakukan perkara sewajarnya iaitu menyekat individu
yang mendidihkan darahnya itu daripada mengikuti Twitter @Mila_Jirin.
Kata Mila dia bukan jenis yang suka marah-marah tapi nampaknya kali ini
dia tidak dapat melawan perasaan tersebut.
Takpelah benda dah lepas, isu kecil je pun.
Tapi sebagai artis bawalah bersabar sebab ini harganya kalau nak masuk dunia popular.
Kalau Mila tengok media sosial artis lain macam Nabila Huda misalnya,
pehhh lagi ‘makan dalam’ komen yang diterima mereka! – MyNewsHub
No comments:
Post a Comment