Friday, 13 December 2013

Beri 50% Diskaun Jika Pelanggan ‘Off Handphone’

Beri 50% Diskaun Jika Pelanggan ‘Off Handphone’

Fenomena anti sosial di kalangan masyarakat moden masa kini semakin lama semakin menular sejak wujudnya telefon pintar.

Jika kita perhatikan, fenomena ini sering kali terjadi ketika di kedai makan dan di restoran-restoran seluruh dunia.

Masing-masing sibuk dengan telefon pintar dan ada ketikanya ketika hendak menjamah makanan pun, telefon masih lagi tidak lepas daripada tangan masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pemilik restoran Abu Gosh di Israel, Jawdat Ibrahim telah mengambil inisiatif memberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelanggannya yang mematikan telefon bimbit mereka sepanjang menjamu selera di restorannya.

Beri 50% Diskaun Jika Pelanggan ‘Off Handphone’

Menurutnya, penggunaan teknologi adalah sangat bagus tetapi sekiranya ianya digunakan secara keterlaluan sehingga tiada masa berkualiti diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan, maka ianya dirasakan satu kesan buruk akibat penggunaan teknologi tersebut.

Walaupun berdepan risiko perniagaan yang tinggi di atas pemberian diskaun tersebut, namun Jawdat terus positif melihat pada jangka masa panjang kerana merasakan inisiatifnya itu bakal menarik minat pengunjung tempatan malah pelancong asing untuk menjamu selera di kedainya.

Alangkah bagusnya sekiranya kedai makan di Malaysia pun mengamalkan konsep sedemikian, penulis pasti ramai yang sanggup mematikan telefon bimbit mereka buat seketika untuk diskaun setengah harga yang dimakan.

Siapa yang taknak kan? – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment