Sydney :
Sekumpulan kanak-kanak terbiar dengan sesetengahnya mengalami kecacatan
ditemui di sebuah petempatan luar bandar di Australia dalam kes sumbang
mahram yang menggemparkan negara itu.
Media semalam melaporkan, 12 kanak-kanak berusia antara lima hingga
15 tahun itu dipindahkan pekerja sosial yang bertindak ekoran aduan pada
Julai tahun lalu yang menyatakan mereka gagal hadir ke sekolah.
Jika mereka datang sekalipun keadaan mereka terlalu kotor dan tubuh sangat kurus.
Ketika polis dan pekerja perlindungan kanak-kanak mengunjungi ladang
tempat mereka tinggal itu, ia dihuni 30 lagi orang dewasa, beberapa
generasi dari keluarga yang sama.
Empat generasi – iaitu bapa saudara, ibu saudara, adik dan abang –
semuanya melakukan seks sesama mereka, membesarkan generasi seterusnya
yang turut mengulang perbuatan generasi sebelumnya.
Ujian genetik mendedahkan bahawa 11 daripada 12 kanak-kanak yang
mempunyai hubungan persaudaraan itu – lima daripada “saudara dekat” dan
mempunyai pelbagai kecacatan, termasuk pekak dan buta.
Mereka mempamerkan pelbagai darjah tingkah laku seksual sesama
sendiri dan juga kepada orang asing serta menceritakan perbuatan seksual
yang memualkan sesama sendiri, termasuk di depan kanak-kanak.
Kumpulan itu hidup dalam keadaan yang kotor dalam dua karavan, dua
bangsal dan dua khemah tanpa bekalan air atau sistem pembetungan.
Mahkamah semalam berkata, pemerhatian terhadap keadaan kanak-kanak
itu menjadi bukti kukuh bahawa berlaku sumbang mahram dan penderaan
seksual selama beberapa generasi di situ.
Dokumen mahkamah menyatakan pertuturan kanak-kanak itu sukar difahami
dan keadaan kebersihan dan kesihatan gigi mereka sangat teruk.
Mereka terpaksa masuk ke belukar untuk membuang air. – AP
No comments:
Post a Comment