Nampaknya, produser-produser diluar sana memang tidak akan berputus asa
untuk mencari bakat-bakat baru di Youtube. Tapi nampaknya, bakat sudah
tidak dipandang lagi. Yang penting, video anda jadi viral dan popular,
sudah.
Kami berani katakan ramai antara anda yang tidak setuju dengan
pengambilan Bobo sebagai pelakon oleh David Teo sebelum ini, kan? Dan
lagi sekali, kami berani katakan anda juga tidak setuju dengan video
muzik di sebalik tabir rakaman ini, kan?
Selepas video ‘Macam Cantik Macam Comel’ menjadi bahan bualan netizen
dan popular di laman sosial, gadis yang berasal dari Johor itu bakal
mempunyai muzik video sendiri tidak lama lagi. Bukan seorang diri,
Syasya sebenarnya berduet dengan pelakon, Erry Putra. Haa, kau hado?
Sedutan dari video yang mempopularkan Syasya sebelum ini.
Menerusi video ini, Erry Putra mendedahkan pada awalnya dia mencipta lirik lagu ini selepas melihat video viral Syasya.
“Sebenarnya saya cipta lagu ni, kali pertama saya tengok video dia.
Tapi saya tak terfikir pula saya akan buat lirik begitu. Bila saya
dengarkan balik, macam kena je lagu tu dengan ayat yang dia cakap macam
comel macam cantik.” – Erry Putra
Apa yang mampu kami katakan secara jujur dan ikhlas, carilah penyanyi
atau pelakon yang benar-benar berbakat diluar sana. Bukannya melalui
populariti dan populariti dan populariti semata-mata.
Tanpa bakat, umpamanya jadi artis mee segera. Cepat ‘siap’ dan cepat ‘habis’ walaupun sedap. Seronok tapi sedih.
No comments:
Post a Comment