KUALA LUMPUR : Isteri pelakon Adi Putra, Zuhaida Yusof sedikit pun
tidak gusar saat suaminya itu dikecam dengan tuduhan skandal yang boleh
mengundang keretakan rumahtangga mereka.
Malah, Zuhaida yang disifatkan Adi sebagai contoh atau ikon buat
wanita yang sudah berstatus isteri masih boleh tersenyum walaupun
diheret dengan kutukan yang telah mencalar hatinya.
“Semasa kes ini mula diperkatakan,saya berada di sisi Adi. Saya tahu
mana yang betul dan salah.
Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk
memanjangkan lagi cerita berkaitan kes ini.
“Sejujurnya, saya rasa lega apabila kes ini berpihak kepada suami
saya. Saya sentiasa pegang kepada prinsip sabar. Bagi saya, apabila
sudah berkahwin, baik si isteri mahu pun suami, kita perlu jaga aib
masing-masing.
“Sepanjang kes ini kecoh dibahaskan, ada juga pihak menuduh saya
macam-macam dengan mempersoalkan fizikal dan wajah saya. Saya terima
segalanya kerana inilah anugerah yang telah dikurniakan kepada saya,”
katanya.
Dalam pada itu, Aida mengakui sedikit pun tidak tertekan atau terjejas dengan hubungannya dengan Adi.
“Saya langsung tidak tertekan kerana saya tahu apa yang berlaku.
Entahlah, mungkin saya ada kekuatan dalaman yang saya sendiri pun tak
tahu nak jelaskan.
“Inilah kali pertama kes yang melibatkan polis. Apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab saya sebagai isteri.
“Apa yang paling penting, kita perlu terima dan tidak boleh menghebahkan aib masing-masing,’ jelasnya. – Murai
No comments:
Post a Comment