Tindakan
penyanyi Lady Gaga yang prihatin dengan seorang peminatnya, akhirnya
telah membatalkan niat peminatnya itu untuk membunuh diri, baru-baru
ini.
Selepas mengetahui niat peminatnya itu, Gaga terus membalas pesanan peminat yang dipercayai tinggal di Ireland itu.
Gaga menulis di laman webnya, Littlemonsters.com, “kami semua
sayangkan anda. Tiada apa yang lebih bernilai daripada nyawa anda
sendiri. Bayangkan kesedihan semua orang kalau anda pergi. Kita semua
adalah berhubung di antara satu sama lain melalui muzik dan itu adalah
suatu perkara yang menggagumkan.
“Anda boleh jadi seperti yang anda inginkan dengan mendengar kepada
muzik dan jadi kreatif dengannya. Anda lebih kuat daripada yang anda
fikirkan,” nasihatnya kepada peminatnya itu.
Peminat yang tidak diketahui jantinanya itu kemudian membalas ucapan
terharu dan terima kasihnya di atas kesudian Gaga membalas mesejnya dan
selepas mengatakan sejauh mana mesej yang dikirimkan Gaga telah
menyelamatkan dirinya daripada cubaan membunuh diri.
“Anda telah menyelamatkan saya, keluarga dan rakan-rakan saya
pastinya rasa berterima kasih terhadap anda. Walaupun tahu anda sibuk,
tetapi saya rasa terharu kerana kesudian Gaga membalas mesej ini,” tulis
peminat itu lagi.
Tidak diketahui atas alasan apa dia mahu membunuh diri, namun
ternyata kesudian penyanyi itu membalas mesejnya telah berjaya
membuatkan peminatnya itu menarik balik tindakannya untuk membunuh diri.
Tak tahulah sama ada peminat itu benar-benar mahu membunuh diri atau
tak, tapi yang pasti Gaga telah bertindak tepat dengan memberikan
kata-kata semangat dan sokongan agar semua peminatnya menjadi lebih
positif dalam kehidupan yang dilalui. – MyNewsHub
No comments:
Post a Comment