Pastinya keluarga mendiang pelakon terkemuka, Paul Walker sukar untuk
menyimpan kesedihan mereka apatah lagi buat para peminat beliau.
Menurut sumber, majlis pengkebumian Paul Walker akan diadakan secara
sulit di mana hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja akan
dimasukkan di dalam senarai tetamu.
Tujuan ahli keluarga mendiang membuat keputusan tersebut adalah untuk
menjaga tahap tekanan yang kini semakin serius dialami oleh anak
perempuan Paul, Meadow. Bagaimanapun, barisan pelakon dan krew filem francais Fast &
Furious dikatakan bakal dijemput kerana mendiang Paul dikatakan sangat
rapat dengan ‘keluarga’ filem tersebut.
Kini mendiang Paul ditempatkan di Rumah Mayat Forest Lawn selepas disahkan kematian oleh Pejabat Pendaftar Kematian Los Angeles.
Pihak keluarga turut faham bahawa apabila berada disamping mendiang
bagi mengucapkan selamat tinggal adalah saat yang amat berharga buat
seluruh warga Fast & Furious.
Bagaimanapun, pihak media masih belum dimaklumkan berkenaan tarikh pengkebumian tersebut. Malah, akan ada juga sebuah majlis memorial lebih besar akan diadakan kepada mereka yang dijemput sahaja.
Namun yang pasti, kesedihan seluruh keluarga mendiang serta para
peminat akan turut sama terkubur bersama jasad mendiang. – HollywoodLife
No comments:
Post a Comment