Saturday, 14 December 2013

Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika…

Adi Putra Sedia Memaafkan Pihak Pengadu Jika...

KUALA LUMPUR : Tatkala sidang media keputusan tuduhan skandal Adi Putra bersama isteri orang sedang rancak dijalankan malam tadi, pelakon filem KL Gangster ini amat berterima kasih kepada pihak media yang memaklumkan bahawa pihak pengadu iaitu Nooraida bakal mengadakan satu sidang media berkaitan kestersebut di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada petang ini. (Jumaat-13 Dis 2013).

Bagaimanapun, Adi bersama isterinya, Zuhaida Yusof tetap tenang dan menjelaskan bahawa pihaknya tiada hak untuk menghalang pihak pengadu untuk menghentikan sidang media berkenaan.

“Kes ini tiada kaitan dengan kes suka sama suka. Saya tahu kes ini memang tidak akan berakhir ceritanya.

Apapun, mata pena yang berkuasa untuk meletakkan titik noktah pada kes ini.

“Kalau benar pengadu mahu buat sidang media, saya hormatinya dan tidak pun boleh menghalangnya. Dari awal lagi kes ini heboh diperkatakan sehingga saat ini, saya tidak memberi sebarang komen memudaratkan.

“Saya tidak boleh buat apa-apa kalau orang itu tidak hormati kita. Saya dah cukup matang untuk menghadapi segala hal tuduhan ini. Terpulanglah kepada pengadu untuk mencorakkan lagi warna cerita ini,” katanya,

Meneruskan penjelasan, Adi dengan senyuman menjelaskan bahawa dia sedia memaafkan pengadu jika permohonan maaf dibuat pada sidang media yang dianjurkan pihak pengadu petang ini.

“Saya tidak akan kacau dia. Malah, dia juga berhak untuk hubungi sesiapa saja untuk menghebahkan atau cakap lebih terhadap tuduhan ini. Apapun, pihak saya akan lihat lebih dulu apa yang bakal diumumkan pada sidang media itu nanti.

“Kami tidak akan menegakkan benang yang basah. Saya hormati sesiapa saya yang terlibat dengan kes ini. Saya akan tunggu dan lihat respon mereka. Bagi saya, kes ini sudah selesai pada malam ini.

“Sejujurnya, tuduhan ini bukanlah satu beban bagi saya kerana saya tahu pucuk pangkalnya. Apapun, lepas ketahu ikeputusan kes ini, saya lega kerana sudah mempunyai jawapan untuk peminat saya yang sering bertanyakan penyudah kes berkenaan,” jelasnya.

Disamping lega dengan keputusan ini, Adi mengaku tidak tahu agenda sebenar pihak pengadu untuk mengadakan sidang media.

“Saya tidak tahu sebab dan musibab pengadu buat sebegini. Saya tidak tahu agenda sebenar mereka. Saya anggap malam ini sebagai penutup 2013 untuk saya.

“Sepanjang berlaku kes ini, kekuatan saya adalah kata-kata nasihat ibu saya yang menyatakan orang teraniaya tergolong dari orang yang selamat. Ini adalah ujian Allah untuk saya.

“Saya berasa tenang bukan kerana kes ini sudah selesai. Sedari dulu lagi saya sentiasa tenang. Kalau saya tidak tenang, saya tidak akan boleh hadapi dugaan dan hadir mana-mana majlis,” ujarnya panjang lebar. – Murai

Hamil Anak ke-2, Ayu Sambung Cuti Berlakon

Hamil Anak ke 2, Ayu Sambung Cuti Berlakon

Lama tidak melihat pelakon Ayu Raudhah, 28, muncul di kaca televisyen. Kebetulan Malaysian Digest sempat bertemu dan bertanyakan khabar isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Zaquan Adha ini sewaktu menghadiri majlis pernikahan kakaknya Rozita Che Wan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam, malam kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sekarang semakin seronok menjadi ibu dan surirumah. Seronok uruskan suami dan anak. Sejak mengandung, saya sudah tidak berlakon lagi. Lepas bersalin saya ada berlakon tapi memandangkan saya dah jadi ibu, sukar untuk saya bahagikan masa. Anak saya pula menyusu badan. Jadi, saya biarlah dulu bidang lakonan.

“Kadang-kadang tu rindu juga nak kembali ke set. Tapi buat masa ni saya mahu beri tumpuan pada kelurga.

Tambahan sekarang saya hamil 4 bulan. Jadi itu yang buat saya nak terus sambung cuti berlakon. InsyaAllah lepas berpantang nanti, kalau ada tawaran mungkin saya akan kembali berlakon, kalau tak ada pun, tak apa”, katanya yang kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.

Berkongsi mengenai kehamilan kali kedua, Ayu berkata kali ini dia tidak mengalami sebarang alahan. Malah berita yang dirinya mengandung hanya diketahui selepas merasakan tidak sedap hati dek kerana dia tidak datang haid.

Begitupun apa yang membuatkan pelakon drama Dari Kerana Mata ini berasa lucu apabila suaminya Zaquan pula yang mengalami alahan teruk.

“Saya tak datang bulan (haid). Kalau ikutkan memang biasa bagi ibu yang menyusu badan, mungkin lambat.

Tapi saya rasa tak sedap hati. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor sahkan saya hamil.

“Kali kedua ni tak ada apa-apa alahan, Allhamdulillah. Cuma, masa awal-awal tu suami saya saja lah yang alami alah teruk. Dia pening, muntah-muntah sampai jadi tak bermaya. Dulu masa mengandung anak pertama pun, dia kna alahan juga”, katanya yang berdoa agar kali ini dikurniakan anak perempuan namun tetap menerima apa saja pemberian dari-Nya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011. Pada 29 Mac lalu, mereka dikurniakan seorang cahaya diberi nama Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia 9 bulan.

Pada masa sama, Ayu turut mendoakan kebahagian rumah tangga Che Ta dan abang iparnya, Zain. Menjadi antara individu paling rapat sekaligus dia melihat perjalanan cinta kakak kesayangannya itu, Ayu menyifatkan pasangan tersebut sebagai pasangan paling secocok.

“Kami rapat. Masa saya khawin, kak Ta dah mula rasa macam tak ada kawan sebab saya sibuk dengan keluarga saya. Tapi sekarang dia dah kahwin, saya doakan dia bahagia sampai bila-bila. Saya harap Zain boleh jaga dia dan anak-anak dia dengan baik.

“Selama mereka bercinta, banyak dugaan yang mereka lalui. Dengan perkahwinan ni, adalah kira satu kejayaan bagi mereka dan mereka juga perlu berdepan dengan cabaran baru pada masa akan datang. Biasa la dalam rumah tangga, perlu banyak bersabar dan tlak ansur”, tuturnya lagi.

 Enggan Komen Tentang Kekasih Aidil Zafuan

Dalam pada itu, ditanya mengenai desas-desus abang iparnya yang juga merupakan bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidi Zafuan dikatakan sudah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tak lama lagi, Ayu pantas berkata,

“Hah, yang itu saya tak mahu komen lah… Maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Bukan serik tapi kalau boleh tak nak lah apa-apa kenyataan keluar dari mulut saya. Pengalaman lalu banyak mengajar saya, Kadang-kadang kita tak berniat pun nak cakap apa-apa, tapi takut orang lain salah anggap. Maaf ya”. – Malaysian Digest

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Nak jadi artis perlu ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi.

Kalau dahulu tekanan cuma datang bila baca artikel yang menghentam di surat khabar dan majalah tapi sekarang, media sosial turut jadi tempat artis diselar sesuka hati.

Tak hairanlah banyak kes artis bergaduh dengan peminat atau orang awam di media sosial.

Terbaru, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin dilihat mengamuk di Twitter.

Puncanya bila ada peminat Nubhan menyatakan dia lebih sesuai berduet dengan Adira tapi turut mengirim pesanan itu kepada Mila.

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Mungkin bahasa yang digunakan terlalu kasar bagi Mila untuk dia menerimanya, penyanyi kecil molek ini mula membalas dengan bahasa yang agak keras juga.

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Mila kemudiannya melakukan perkara sewajarnya iaitu menyekat individu yang mendidihkan darahnya itu daripada mengikuti Twitter @Mila_Jirin. Kata Mila dia bukan jenis yang suka marah-marah tapi nampaknya kali ini dia tidak dapat melawan perasaan tersebut.

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter

Takpelah benda dah lepas, isu kecil je pun.

Tapi sebagai artis bawalah bersabar sebab ini harganya kalau nak masuk dunia popular.

Kalau Mila tengok media sosial artis lain macam Nabila Huda misalnya, pehhh lagi ‘makan dalam’ komen yang diterima mereka! – MyNewsHub

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza kini memegang pangkat nenek apabila anak tirinya, Anas Zawawi selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.

Anas Zawawi, anak lelaki Dato’ K mengahwini Nasha Alyssa yang merupakan anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn pada 24 November tahun lalu.
Justeru Siti dilihat turut mengirim tweet tahniah kepada besannya itu.

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Siti dilihat turut menerima banyak ucapan tahniah atas ‘status’ barunya ini.

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Dalam pada itu Datuk Seri Hishamuddin kelihatan amat teruja dengan kehadiran cucunya yang diberi nama Ayden ini.

Lihat sahaja gambar yang dikongsikan di laman Twitter beliau.

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek

Apa pun, didoakan semoga Ayden menjadi anak yang soleh dan berjasa dalam keluarga.

Apa pun pangkat nenek bukan penghalang untuk Siti menimang cahaya mata sendiri jika ada rezeki satu hari nanti.

Maklumlah walaupun bergelar nenek, Siti masih muda dan sihat. Tak keterlaluan dikatakan, inilah nenek paling ‘glamer’ di Malaysia! – MyNewsHub

Luahan Isteri Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab

Luahan Isteri Selepas Kes Tuduhan Skandal Adi Putra Terjawab

KUALA LUMPUR : Isteri pelakon Adi Putra, Zuhaida Yusof sedikit pun tidak gusar saat suaminya itu dikecam dengan tuduhan skandal yang boleh mengundang keretakan rumahtangga mereka.

Malah, Zuhaida yang disifatkan Adi sebagai contoh atau ikon buat wanita yang sudah berstatus isteri masih boleh tersenyum walaupun diheret dengan kutukan yang telah mencalar hatinya.

“Semasa kes ini mula diperkatakan,saya berada di sisi Adi. Saya tahu mana yang betul dan salah. 

Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk memanjangkan lagi cerita berkaitan kes ini.

“Sejujurnya, saya rasa lega apabila kes ini berpihak kepada suami saya. Saya sentiasa pegang kepada prinsip sabar. Bagi saya, apabila sudah berkahwin, baik si isteri mahu pun suami, kita perlu jaga aib masing-masing.

“Sepanjang kes ini kecoh dibahaskan, ada juga pihak menuduh saya macam-macam dengan mempersoalkan fizikal dan wajah saya. Saya terima segalanya kerana inilah anugerah yang telah dikurniakan kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aida mengakui sedikit pun tidak tertekan atau terjejas dengan hubungannya dengan Adi.

“Saya langsung tidak tertekan kerana saya tahu apa yang berlaku. Entahlah, mungkin saya ada kekuatan dalaman yang saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan.

“Inilah kali pertama kes yang melibatkan polis. Apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab saya sebagai isteri.

“Apa yang paling penting, kita perlu terima dan tidak boleh menghebahkan aib masing-masing,’ jelasnya. – Murai

Friday, 13 December 2013

Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental

Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental
 
Siasatan mendapati lelaki yang bertindak sebagai jurubahasa isyarat palsu ketika majlis memperingati mendiang Nelson Mandela di Stadium FNB, Soweto, Johannesburg mengalami halusinasi pada hari kejadian.

BACA : Afrika Selatan Dimalukan Jurubahasa Isyarat Palsu
Thamsanqa Jantjie mengaku kepada The Associated Press, dia mempunyai penyakit schizophrenia hingga pernah bertindak ganas sebelum ini, selain pernah ditahan selama setahun di wad sakit mental.

Pada hari kejadian dia berhalusinasi melihat malaikat memasuki stadium namun cuba mengawal diri kerana sedar terdapat ramai polis bersenjata di sekelilingnya.

Timbalan Menteri Kabinet Afrika Selatan, Hendrietta Bogopane-Zulu dalam satu sidang media mengakui kesilapan pihaknya apabila menggunakan khidmat Jantjie tanpa menyelidik terlebih dahulu latar belakangnya.

Beliau turut memohon maaf kepada komuniti pekak yang tersinggung dengan kejadian tersebut. – CBC News



Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental


Jurubahasa Isyarat Palsu Bekas Pesakit Mental

Hendrietta Bogopane-Zulu ketika menceritakan pengalamannya melihat ‘malaikat turun’ di majlis memperingati mendiang Nelson Mandela.

Tweet Ustaz Kazim Perlihat Gambar Seakan Tentera Allah SWT Di Langit

Tweet Ustaz Kazim Perlihat Gambar Seakan Tentera Allah SWT Di Langit

Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias baru ini memuat naik sebuah gambar yang sangat menarik di akaun Twitter beliau.

Ia gambar awam yang terbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang.

Menurut beliau, ia diambil pada tahun 2009 di Nilai, Negeri Sembilan.

Kalau begitu, bermakna ia sudah 4 tahun… mungkin ramai yang sudah melihatnya.

Kepada yang belum, di bawah ini disertakan gambar yang dimaksudkan itu.

Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda.

Subhanallah… Maha Suci Allah…

Tweet Ustaz Kazim Perlihat Gambar Seakan Tentera Allah SWT Di Langit

Kalau anda belum melihatnya… bermakna mungkin rakan-rakan anda pun belum…. share melalui button Tweet atau Google+ di bawah agar ramai lagi dapat melihat kebesaran ini. – MyNewsHub

Tiada Tindakan Lanjut, Kes Adi Putra Digugur Polis

Tiada Tindakan Lanjut, Kes Adi Putra Digugur Polis

Dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi, Adi Putra yang ditemani peguam beliau memaklumkan yang keputusan rasmi dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengklasifikasikan kes skandal beliau sebagai no further action (NFA).

Ini sekaligus bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau baru baru ini yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor.

“Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan amruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang & tidak teragak agak untuk mengambil tindakan”

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra menegaskan yang kes ini sudah selesai dan tidak ada kene mengena lagi dengan dirinya selain meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal ini. – Roti Kaya

Beri 50% Diskaun Jika Pelanggan ‘Off Handphone’

Beri 50% Diskaun Jika Pelanggan ‘Off Handphone’

Fenomena anti sosial di kalangan masyarakat moden masa kini semakin lama semakin menular sejak wujudnya telefon pintar.

Jika kita perhatikan, fenomena ini sering kali terjadi ketika di kedai makan dan di restoran-restoran seluruh dunia.

Masing-masing sibuk dengan telefon pintar dan ada ketikanya ketika hendak menjamah makanan pun, telefon masih lagi tidak lepas daripada tangan masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pemilik restoran Abu Gosh di Israel, Jawdat Ibrahim telah mengambil inisiatif memberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelanggannya yang mematikan telefon bimbit mereka sepanjang menjamu selera di restorannya.

Beri 50% Diskaun Jika Pelanggan ‘Off Handphone’

Menurutnya, penggunaan teknologi adalah sangat bagus tetapi sekiranya ianya digunakan secara keterlaluan sehingga tiada masa berkualiti diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan, maka ianya dirasakan satu kesan buruk akibat penggunaan teknologi tersebut.

Walaupun berdepan risiko perniagaan yang tinggi di atas pemberian diskaun tersebut, namun Jawdat terus positif melihat pada jangka masa panjang kerana merasakan inisiatifnya itu bakal menarik minat pengunjung tempatan malah pelancong asing untuk menjamu selera di kedainya.

Alangkah bagusnya sekiranya kedai makan di Malaysia pun mengamalkan konsep sedemikian, penulis pasti ramai yang sanggup mematikan telefon bimbit mereka buat seketika untuk diskaun setengah harga yang dimakan.

Siapa yang taknak kan? – MyNewsHub

Thursday, 12 December 2013

Model Hilang Selepas Ternampak ‘Hantu’ Di PJ Ditemui Selamat

Model Hilang Selepas Ternampak ‘Hantu’ Di PJ Ditemui Selamat

PETALING JAYA : Kecoh di laman sosial Facebook mengenai berita seorang model berusia 23 tahun didakwa menghilangkan diri selepas dia ternampak ‘hantu’ di kondominiumnya.

Ibu mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Ong mengesahkan anaknya Germaine Ong berada dalam keadaan selamat.

Ong, yang enggan mengulas lanjut bagaimana anaknya hilang berkata ia melibatkan ‘masalah peribadi’.

“Dia sudah berada di sini sekarang,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut posting di Facebook, Germaine menghilangkan diri selepas dia masuk ke kondominium yang disewanya.

Satu lagi posting mendakwa Germaine dikatakan bercakap dengan dinding batu tempat dia tinggal sepanjang hari.

“Dia kata sekiranya dia mati keesokan hari, bermaksud ‘hantu’ telah makan dirinya,” dakwa posting tersebut.

Ibu bapa kepada rakan Germaine, yang dikenali sebagai Melvin berkata kali terakhir dia melihat mangsa di Empire Soho pada pukul 1 petang Selasa lalu.

Kereta mangsa ditinggalkan di tempat letak kereta kondominium berkenaan dan dia dipercayai berjalan keluar daripada rumahnya tanpa menaiki kereta. – Mstar.com.my

Wanita Pancut Syerif Dengan Susu Badan

Wanita Pancut Syerif Dengan Susu Badan

 DELAWARE : Seorang wanita yang memancut anggota syerif di sini dengan susu badannya berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan.

Pejabat Syerif di Delaware County berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan antara sepasang suami isteri.

Seorang lelaki mengadu isterinya mabuk selepas minum terlalu banyak di satu majlis perkahwinan dan memukulnya sebelum mengunci diri di dalam kereta.

Syerif menemui wanita berkenaan di dalam sebuah kereta dan cuba memujuknya supaya keluar tetapi dia enggan memberi kerjasama. Apabila mereka cuba menariknya keluar, wanita itu memberitahu mereka, dia ibu yang menyusukan anak. Dia kemudian mendedahkan dadanya sebelum memancut syerif berkenaan dengan susunya.

Pihak berkuasa berkata, Stephanie Robinette dari Westerbille menghadapi tuduhan, termasuk keganasan rumah tangga, menyerang dan berkelakuan tidak sopan. — Agensi

Sitok Ajak Mangsa Rogol Kahwin

Sitok Ajak Mangsa Rogol Kahwin

Jakarta : Penyair yang berdepan tuduhan merogol siswi Universiti Indonesia, Sitok Srengenge dikatakan mengajak mangsa berkahwin selepas jenayahnya terbongkar.

Peguam siswi terbabit, Iwan Pangka berkata pelawaan Sitok itu bagaimanapun ditolak.

“Anak guam saya tidak mahu hidup bersama Sitok.

“Dia tidak ingin dan tidak sudi untuk berkahwin dengan perogol itu,” katanya.

Menurut Iwan, mangsa – hanay dikenali sebagai RW, 22 – sebelum ini sudah berhubung dengan Sitok selepas mendapati dirinya hamil tetapi tidak dipedulikan penulis yang sebelum ini pernah bernaung di bawah 
kumpulan Salihara itu.

Sitok sebelumnya pernah memberitahu mangsa akan bertanggungjawab jika mangsa hamil.

Namun hingga laporan polis dibuat, dia tidak menunjukkan kesungguhannya itu.
 
Kata Iwan, RW sudah tidak sanggup lagi menanggung derita dan kesusahan sendirian.

Selain itu, dia juga mengalami trauma yang teruk.

“Anak guam saya memaklumkan yang dia pernah terfikir mahu membunuh diri,” katanya. – Agensi

Empat Generasi Hidup Bergelumang Noda

Empat Generasi Hidup Bergelumang Noda 

Sydney : Sekumpulan kanak-kanak terbiar dengan sesetengahnya mengalami kecacatan ditemui di sebuah petempatan luar bandar di Australia dalam kes sumbang mahram yang menggemparkan negara itu.

Media semalam melaporkan, 12 kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun itu dipindahkan pekerja sosial yang bertindak ekoran aduan pada Julai tahun lalu yang menyatakan mereka gagal hadir ke sekolah.

Jika mereka datang sekalipun keadaan mereka terlalu kotor dan tubuh sangat kurus.
Ketika polis dan pekerja perlindungan kanak-kanak mengunjungi ladang tempat mereka tinggal itu, ia dihuni 30 lagi orang dewasa, beberapa generasi dari keluarga yang sama.

Empat generasi – iaitu bapa saudara, ibu saudara, adik dan abang – semuanya melakukan seks sesama mereka, membesarkan generasi seterusnya yang turut mengulang perbuatan generasi sebelumnya.

Ujian genetik mendedahkan bahawa 11 daripada 12 kanak-kanak yang mempunyai hubungan persaudaraan itu – lima daripada “saudara dekat” dan mempunyai pelbagai kecacatan, termasuk pekak dan buta.

Mereka mempamerkan pelbagai darjah tingkah laku seksual sesama sendiri dan juga kepada orang asing serta menceritakan perbuatan seksual yang memualkan sesama sendiri, termasuk di depan kanak-kanak.

Kumpulan itu hidup dalam keadaan yang kotor dalam dua karavan, dua bangsal dan dua khemah tanpa bekalan air atau sistem pembetungan.

Mahkamah semalam berkata, pemerhatian terhadap keadaan kanak-kanak itu menjadi bukti kukuh bahawa berlaku sumbang mahram dan penderaan seksual selama beberapa generasi di situ.

Dokumen mahkamah menyatakan pertuturan kanak-kanak itu sukar difahami dan keadaan kebersihan dan kesihatan gigi mereka sangat teruk.

Mereka terpaksa masuk ke belukar untuk membuang air. – AP

Jururawat Didenda Bayar 3 Ekor Lembu Di Sabah Kerana Berkahwin Dua Dan Seks Tak Sah

Jururawat Didenda Bayar 3 Ekor Lembu Di Sabah Kerana Berkahwin Dua Dan Seks Tak Sah 

KOTA KINABALU : Seorang jururawat berusia 29 tahun telah dikenakan hukuman denda mengikut adat kaum Penampang di atas kesalahan mendirikan rumah tangga kedua walaupun masih lagi sah bergelar isteri orang pada ketika itu.

Suami keduanya yang tidak didedahkan usia dan identitinya itu juga didakwa atas kesalahan berkahwin dengan isteri orang dan kes mereka telah disebut di Mahkamah Adat Penampang.

Menurut sumber The Star, kedua-dua mereka telah diarahkan membayar denda sebanyak RM10,500 di atas pelbagai kesalahan di bawah adat kaum Penampang yang diketuai oleh panel hakim, Ketua Anak Negeri Penampang, Marcus Jonioh.

Yang menariknya, segala denda yang dikenakan ke atas pasangan itu ialah mereka harus membayarnya dalam bentuk binatang ternakan.

Di atas kesalahannya berkahwin dua, wanita itu telah diperintah membayar RM1,500 (bersamaan dengan seekor lembu) dan RM3,000 (dua ekor lembu) kerana kesalahan melakukan hubungan seks di atas perkahwinan yang tidak sah.

Suami keduanya juga didenda membayar RM4,500 (tiga ekor lembu) atas kesalahan mengahwini isteri orang selain RM1,500 untuk bayaran kos kes tersebut.

Jonioh turut memerintahkan pasangan itu supaya tidak meneruskan ikatan perkahwinan itu atau mereka boleh dikenakan denda tambahan sekiranya enggan mengikuti perintah mahkamah.

Pihak mahkamah memberikan tempoh sebulan untuk mereka melangsaikan denda RM10,500 atau mereka berdepan dengan hukuman penjara.

Kes itu dibawa ke mahkamah selepas suami pertama wanita itu membuat aduan mengenai isterinya yang telah berkahwin lain pada Julai lalu.

Untuk rekod, wanita itu dan suami pertamanya bernikah pada 2010 dan hasil perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata manakala menerusi perkahwinan kedua, wanita itu telah dikurniakan seorang anak. – MyNewsHub

Tikus Panggang Digemari Di Vietnam

Tikus Panggang Digemari Di Vietnam

HANOI : Sebuah restoran di ibu kota Vietnam di sini menawarkan hidangan istimewa tikus panggang yang dicucuk pada kayu seperti kebab.

Daging haiwan perosak itu dianggap makanan istimewa di selatan Vietnam dengan semakin ramai penduduk Vietnam menggemarinya.

Menurut seorang pemburu tikus, haiwan itu banyak terdapat di sekitar Delta Merah dan di tebing Sungai

Mekong terutamanya ketika musim menuai padi.

“Makanan istimewa ini dimakan oleh petani ketika musim menuai,” katanya.

Menurut pemburu tikus tersebut, petani-petani akan menangkap tikus untuk dijual ke pasar.

Harga pasaran daging tikus di negara berkenaan adalah antara AS$4 (RM12.90) hingga AS$5 (RM16.20) sekilogram. – Reuters

Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!

Sering Dicubit Yusry Punca Lisa Surihani Makin Tembam!

KUALA LUMPUR : Raut wajah pelakon jelita, Lisa Surihani kelihatan semakin berisi.

Disebabkan itu, ramai beranggapan isteri kepada Yusry Abd Halim ini sudah pun berbadan dua.

Bagaimanapun, sewaktu sesi Artis Chatz tempoh hari, pasangan ini telah menafikan perkara berkenaan.

Sebaliknya, Lisa yang hadir bersama Yusry telah mendedahkan punca dia kelihatan semakin tembam pada bahagian pipi.

“Saya masih belum mengandung lagi. Saya nampak berisi sikit sebab abang Yusry. Kami selalu bergurau dan setiap kali bergurau, abang Yusry selalu cubit pipi saya.

“Mungkin sebab itu jugalah pipi saya nampak naik dan nampak tembam. Lagipun, saya ni suka makan. Saya juga suka makan makanan yang pedas-pedas. Kadangkala, saya berulamkan cili padi,” jelas Lisa.

Menjelaskan mengenai karier, pasangan ini bukan saja sibuk denganmempromosikan filem terbaru lakonan mereka iaitu Ular.

Malah, mereka juga turut terlibat dengan program jelajah satu Malaysia.

“Selain sibuk dengan promosi filem, kami juga sibuk merantau satu Malaysia untuk sebuah program khas.

“Setakat ini, kami dah pergi semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Selangor. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, kami akan pergi ke Selangor.

“Tempat dan tarikh masih belum tahu lagi. Namun, selepas kami join program ini, kami dapati banyak lagi tempat menarik diseluruh negara yang masih belum diketahui seluruh warganegara,” jelas Yusry. – Murai

Gaga Selamatkan Peminat Yang Mahu Bunuh Diri

Gaga Selamatkan Peminat Yang Mahu Bunuh Diri

Tindakan penyanyi Lady Gaga yang prihatin dengan seorang peminatnya, akhirnya telah membatalkan niat peminatnya itu untuk membunuh diri, baru-baru ini.

Selepas mengetahui niat peminatnya itu, Gaga terus membalas pesanan peminat yang dipercayai tinggal di Ireland itu.

Gaga menulis di laman webnya, Littlemonsters.com, “kami semua sayangkan anda. Tiada apa yang lebih bernilai daripada nyawa anda sendiri. Bayangkan kesedihan semua orang kalau anda pergi. Kita semua adalah berhubung di antara satu sama lain melalui muzik dan itu adalah suatu perkara yang menggagumkan.

“Anda boleh jadi seperti yang anda inginkan dengan mendengar kepada muzik dan jadi kreatif dengannya. Anda lebih kuat daripada yang anda fikirkan,” nasihatnya kepada peminatnya itu.

Peminat yang tidak diketahui jantinanya itu kemudian membalas ucapan terharu dan terima kasihnya di atas kesudian Gaga membalas mesejnya dan selepas mengatakan sejauh mana mesej yang dikirimkan Gaga telah menyelamatkan dirinya daripada cubaan membunuh diri.

“Anda telah menyelamatkan saya, keluarga dan rakan-rakan saya pastinya rasa berterima kasih terhadap anda. Walaupun tahu anda sibuk, tetapi saya rasa terharu kerana kesudian Gaga membalas mesej ini,” tulis peminat itu lagi.

Tidak diketahui atas alasan apa dia mahu membunuh diri, namun ternyata kesudian penyanyi itu membalas mesejnya telah berjaya membuatkan peminatnya itu menarik balik tindakannya untuk membunuh diri.

Tak tahulah sama ada peminat itu benar-benar mahu membunuh diri atau tak, tapi yang pasti Gaga telah bertindak tepat dengan memberikan kata-kata semangat dan sokongan agar semua peminatnya menjadi lebih positif dalam kehidupan yang dilalui. – MyNewsHub

Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin

Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin


Wah memang kagum betul dengan perubahan imej pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini ni!
Daripada berbadan sedikit gempal kini tubuhnya dilihat sudah semakin langsing.

Dan yang paling menariknya, gayanya dulu yang seakan-akan feminin pun sudah bertukar maskulin dan macho sekarang.

Rizman menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia tidak memgambil sebarang pil pelansingan sebaliknya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasa bersenam untuk mendapatkan tubuh badannya yang dimilikinya sekarang.

Di bawah penulis kongsikan gambar-gambar zaman ‘comel’ Rizman dan zaman ‘macho’nya kini. Memang 100 peratus transform! – MyNewsHub


Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin
Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin
Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin
Perubahan Imej Rizman Dari Feminin Ke Maskulin

Syasya Legoland Jadi Artis, Duet Dengan Erry Putra

Syasya Legoland Jadi Artis, Duet Dengan Erry Putra

Nampaknya, produser-produser diluar sana memang tidak akan berputus asa untuk mencari bakat-bakat baru di Youtube. Tapi nampaknya, bakat sudah tidak dipandang lagi. Yang penting, video anda jadi viral dan popular, sudah.

Kami berani katakan ramai antara anda yang tidak setuju dengan pengambilan Bobo sebagai pelakon oleh David Teo sebelum ini, kan? Dan lagi sekali, kami berani katakan anda juga tidak setuju dengan video muzik di sebalik tabir rakaman ini, kan?

Selepas video ‘Macam Cantik Macam Comel’ menjadi bahan bualan netizen dan popular di laman sosial, gadis yang berasal dari Johor itu bakal mempunyai muzik video sendiri tidak lama lagi. Bukan seorang diri, Syasya sebenarnya berduet dengan pelakon, Erry Putra. Haa, kau hado?

Sedutan dari video yang mempopularkan Syasya sebelum ini.

Menerusi video ini, Erry Putra mendedahkan pada awalnya dia mencipta lirik lagu ini selepas melihat video viral Syasya.

“Sebenarnya saya cipta lagu ni, kali pertama saya tengok video dia. Tapi saya tak terfikir pula saya akan buat lirik begitu. Bila saya dengarkan balik, macam kena je lagu tu dengan ayat yang dia cakap macam comel macam cantik.” – Erry Putra

Apa yang mampu kami katakan secara jujur dan ikhlas, carilah penyanyi atau pelakon yang benar-benar berbakat diluar sana. Bukannya melalui populariti dan populariti dan populariti semata-mata.
Tanpa bakat, umpamanya jadi artis mee segera. Cepat ‘siap’ dan cepat ‘habis’ walaupun sedap. Seronok tapi sedih.

Johan As’ari Dapat Petanda Sebelum Kemalangan

Johan As’ari Dapat Petanda Sebelum Kemalangan


Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, apa sahaja boleh berlaku. Tak kira anda berada dalam rumah atau pun berada di atas jalan raya, kalau tidak berhati-hati, macam-macam perkara buruk boleh berlaku.

Seperti yang berlaku kepada Johan As’ari kelmarin, dia telah ditimpa musibah apabila dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika sedang menuju ke lokasi penggambaran.

Johan berkongsi khabar kurang baik itu di akaun Instagramnya yang menunjukkan keretanya remuk di bahagian hadapan bumper.

Afrika Selatan Dimalukan Oleh Penterjemah Bahasa Isyarat Palsu



Jika semalam kelakuan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang melakukan ‘selfie’ bersama Perdana Menteri Britain dan PM Denmark ketika menghadiri upacara memperingati mendiang Nelson Mandela dikritik, hari ini keluar pula satu lagi cerita menarik ketika upacara tersebut berlangsung.

Persatuan Orang-orang Pekak Afrika Selatan, DeafSA memaklumkan, orang kelainan upaya yang menyaksikan ucapan pada hari berkenaan tidak faham dengan bahasa isyarat yang dipertontonkan kepada mereka.

Dalam erti kata lain, lelaki yang tampil memakai pas keselamatan rasmi dan berkongsi pentas dengan Presiden mereka, Jacob Zuma serta Obama mempersembahkan bahasa isyarat yang menipu dan tidak mahir langsung. “Dia menggerakkan tangannya tanpa sebarang makna,” ujar pengarah nasional DeafSA yang kesal dengan kejadian dalam upacara besar seperti itu.

Lelaki yang tidak dikenali itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa sana bagaimana tugas tersebut diberikan kepadanya. Dalam majlis mengingati mendiang Nelson Mandela kelmarin, lebih 50 pemimpin dunia dan Komanwel hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Malaysia diwakili oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus J. Ongkili. – MyNewsHub


Afrika Selatan Dimalukan Oleh Penterjemah Bahasa Isyarat Palsu  

Afrika Selatan Dimalukan Oleh Penterjemah Bahasa Isyarat Palsu

Pengkebumian Secara Kecilan, Krew F&F Dijemput

Pengkebumian Secara Kecilan, Krew F&F Dijemput


Pastinya keluarga mendiang pelakon terkemuka, Paul Walker sukar untuk menyimpan kesedihan mereka apatah lagi buat para peminat beliau.

Menurut sumber, majlis pengkebumian Paul Walker akan diadakan secara sulit di mana hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja akan dimasukkan di dalam senarai tetamu.

Tujuan ahli keluarga mendiang membuat keputusan tersebut adalah untuk menjaga tahap tekanan yang kini semakin serius dialami oleh anak perempuan Paul, Meadow. Bagaimanapun, barisan pelakon dan krew filem francais Fast & Furious dikatakan bakal dijemput kerana mendiang Paul dikatakan sangat rapat dengan ‘keluarga’ filem tersebut.

Kini mendiang Paul ditempatkan di Rumah Mayat Forest Lawn selepas disahkan kematian oleh Pejabat Pendaftar Kematian Los Angeles.

Pihak keluarga turut faham bahawa apabila berada disamping mendiang bagi mengucapkan selamat tinggal adalah saat yang amat berharga buat seluruh warga Fast & Furious.

Bagaimanapun, pihak media masih belum dimaklumkan berkenaan tarikh pengkebumian tersebut. Malah, akan ada juga sebuah majlis memorial lebih besar akan diadakan kepada mereka yang dijemput sahaja.

Namun yang pasti, kesedihan seluruh keluarga mendiang serta para peminat akan turut sama terkubur bersama jasad mendiang. – HollywoodLife

5 Simple Health Tips

Sip Oolong Tea

Sip Oolong Tea

Research suggests that people with mild eczema who drink oolong tea three times a day may show improvement in itching and other symptoms. Compounds in the tea called polyphenols appear to be responsible.


Go Herbal

For varicose veins, try horse chestnut, an herbal extract that's been shown in studies to strengthen veins and reduce swelling. The herb is also available in topical creams, though there's not as much evidence for these.


Rub Your Temples

Tame tension headaches by rubbing peppermint oil, Tiger Balm, or white flower oil into your temples. All three remedies contain menthol, which has analgesic properties.


Enjoy Ginger

The volatile oils in ginger have long made it a useful herbal remedy for nasal and chest congestion. Pour 2 cups of boiling water over a 1-inch piece of peeled, grated ginger; steep for 10 minutes; and strain. Add a pinch or two of cayenne pepper to the water and drink as needed.


Get a Good Pair of Sneakers

Is your energy lagging? Though it may be the last thing you feel like doing when you're tired, exercise -- even a brisk walk -- can be more effective than a nap or cup of coffee at fighting fatigue.



Misteri Gunung Emas Sungai Eufrat

euphrates-at-birecik-turkey
Kaitan Gunung Emas Sungai Eufrat Dengan Hari Kiamat.


RASULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas Sungai Eufrat yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (riwayat Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya.

Imam Abu Daud juga meriwayatkan hadis yang sama maksudnya. Dalam hadis itu Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahadi sebagai nabi akhir zaman.

Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenali dengan nama al-Furat atau air paling segar. Menurur Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki. 
 
“Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,” ujar Dr. Syauqi. 

Kata beliau lagi, panjang sungai itu mencapai 2,375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu, al-Balikh dan al-Khabur sudah mengering airnya. Pada masa Nabi Muhammad meramal masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.

Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di sekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.

Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kekuasaan besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baharu dan mulai menunjukkan taringnya pada masa khalifah Abu Bakar. Lonjakan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine tidak dapat lagi menganggap mudah kekuatan negara Islam.

Maharaja Parsi sempat mengirimkan pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam yang mengakibatkan terbunuhnya panglima Muslim, Zaid bin Harith.

FAKTA MENARIK TENTANG MANUSIA

  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
  14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an. 
from - http://www.sukamedia.com

Snake bites man's penis

http://topnews.ae/images/Snake-Bites-Man-Penis-Toilet.jpg KUALA LUMPUR: A 34-year-old man was attending to nature’s call at a public toilet when he had his penis bitten by a snake, at around 10am on Wednesday. Kwabena Nkrumah, a porter, suddenly felt a sharp pain at the tip of his penis and nearly collapsed when he realised that a big black snake was at the bottom of the toilet, ready to strike again.

His sudden cries for help and shouts of “snake,snake,snake” brought panic and fear among others who were also attending to nature’s call, at a deplorable toilet at Faaman, Ghana. They began to run without even cleaning themselves, the Ghanaweb.com reported.

Nkrumah who later recounted his experience to Mallam Yahaya of Kessben FMs on its ‘Breaking News’ programme said he had felt intense pain at the tip of his penis and dizzy. He was later brought to hospital by the people around him and had since been discharged. In his interview, Nkrumah said he first thought that the pain was normal until he noticed the black snake lying just beneath him. – astroawani.com

Gardenia Enggan Terima Bayaran, Rasa Terharu

Gardenia Enggan Terima Bayaran, Rasa Terharu
KUALA TERENGGANU : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.

Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” katanya.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.

Lori terbabit yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka.

Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap. Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.

Dalam pada itu,hampir lapan belas ribu ringgit berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir menerusi satu perlawanan bolasepak malam tadi. Wang berkenaan adalah hasil terkumpul menerusi tiket perlawanan amal antara pasukan Terengganu dan T-Team, di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Ahmad turut memuji keprihatinan persatuan bola sepak negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil inisiatif mengadakan perlawanan persahabatan berkenaan.

Hasil kutipan caj tiket berharga lima ringgit dikumpulkan bersama sumbangan peribadi pemain T Team dan pasukan Terengganu khusus membantu mangsa banjir. Selain penonton, pemain kedua-dua pasukan turut menghulurkan sumbangan.

Perlawanan berkesudahan dengan keputusan pasukan Terengganu menewaskan T-Team, 2-0.
Hasil kutipan sumbangan itu diserahkan oleh presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk disalurkan kepada tabung bantuan bencana banjir. – astroawani.com

‘Bagi Saya Masa’ – Emma Maembong

‘Bagi Saya Masa’ – Emma Maembong
 Kuala Lumpur : “Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.
Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.
“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.
“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata. – Metro